Berita

Tengku Zamrah sumbang RM5,000 kepada SK King George V

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah menyumbang RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) King George V, Ampangan bagi pembangunan sukan dan aktiviti ko-kurikulum sekolah.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian Kejohanan Olahraga SK King George V Kali Ke-57, Tengku Zamrah berkata, aktiviti sukan seperti ini dapat mengukur kemampuan murid bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya mengenal pasti bakat baru demi melahirkan juara temasya sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

“Kepada ibubapa teruskan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti ko-kurikulum kerana potensi dan penglibatan murid dalam ko-kurikulum akan membantu murid mencipta kecemerlangan.

“Pada masa yang sama anak-anak kita akan sentiasa cerdas dan cergas di sekolah mahupun di rumah.

“Maka akan lahirlah murid minda kelas pertama yang sentiasa kita harapkan,” kata Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button