BeritaMenarik

300 keluarga B40 terima sumbangan RM100 daripada Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah merasmikan Majlis Karnival Deepavali 2023 di Tampin Square.

“Saya telah menyerahkan sumbangan voucher RM100 kepada 300 keluarga B40 sempena sambutan Deepavali pada 12 November ini.

“Karnival Deepavali ini berlangsung sejak 02 November sehingga 10 November ini yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan, Kesejahteraan dan Kebudayaan Tampin dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah,” kata Veerapan.

Sementara itu, Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan dalam ucapan perasmian menekan beberapa perkara yang berkaitan dengan keusahawanan.

“Saya menyeru agar semua peniaga meningkatkan lagi kemahiran mepromosikan barangan mereka bukan sahaja di pelbagai platform termasuk media sosial.

“Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan peniaga kecil seperti Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), TUNS PLUS dan TUNS EXTRA.

“Saya menyeru agar semua peniaga kecil mengambil peluang ini dan sentiasa cakna tentang bantuan daripada Kerajaan Negeri yang akan memanfaatkan mereka,” jelas Veerapan.

Veerapan berkata, Karnival Deepavali 2023 DUN Repah turut mengadakan Jualan Rahmah yang dikendalikan oleh KPDN, Jualan Beras Putih Tempatan oleh FAMA dan Saringan Kesihatan Percuma.

“Semua program ini dianjur untuk warga tempatan.

“Saya menyarankan penduduk tempatan mengambil peluang ini untuk membeli barangan keperluan dapur dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran serta menjalankan saringan kesihatan,” ujar beliau lagi.

Berikut jadual program jualan dan saringan kesihatan di Karnival Deepavali DUN Repah:

10 dan 11 November 2023 – Jualan Rahmah – 09.00am – 10.00pm.

10 November 2023 – Jualan Beras Putih Tempatan (FAMA) – 09.00am sehingga habis stok.

04 dan 05 November 2023 – Saringan Kesihatan – 10.00am – 04.00pm.

Show More

Related Articles

Back to top button