Berita
Hampir 800 peserta sertai Pertandingan Santai Joran Besamo TokMin
PORT DICKSON: Hampir 800 peserta telah menyertai Pertandingan Santai Joran Besamo TokMin yang bertempat di Pantai Bagan Pinang.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pertandingan tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Insan dengan Kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.
“Selain aktiviti memancing turut diadakan cabutan bertuah kepada peserta.
“Tahniah kepada peserta yang berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan ini.
“Semoga dengan pelaksanaan program seperti ini dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain,” kata Aminuddin.