Berita

Semangat cinta akan alam sekitar harus diterapkan

SEREMBAN: Semangat mencintai alam sekitar harus diterapkan dalam diri kita.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini supaya Negeri Sembilan dapat menjadi sebuah negeri yang maju, bersih dan sejahtera selaras dengan hasrat pembangunan lestari pada masa kini.

“Selain itu, saya juga ingin sektor industri supaya memainkan peranan dan mengambil langkah sama bagi mengurangkan penghasilan pencemaran alam sekitar.

“Pelbagai langkah boleh diambil seperti beralih kepada industri hijau yang lebih selamat atau mengamalkan konsep 3R iaitu Reuse, Recycle, dan Recovery.

“Ini supaya penghasilan buangan berbahaya kepada sekitar dapat dikurangkan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita menyokong pembangunan rendah karbon melalui lanskap ekonomi lestari.

“Ini secara tidak langsung bermaksud bahawa kita tidak lagi berminat dengan pelaburan yang menggunakan teknologi lama dan teknologi kawalan pencemaran yang tidak efektif,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar di Kompleks Belia Sukan, Paroi.

Show More

Related Articles

Back to top button