Berita

Aminuddin sumbang RM70,000 kepada Muzium Budaya Cina Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan sebanyak RM70,000 kepada Muzium Budaya Cina Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merapatkan apa jua jurang sosial dan ekonomi antara kaum yang boleh menjejaskan aspirasi perpaduan nasional.

“Sebelum ini juga Kerajaan Negeri telah memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina bagi melaksanakan program Sambutan Kebudayaan Cina.

“Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri menghargai sumbangan masyarakat Cina terhadap negeri dan negara.

“Besarlah harapan saya agar rakyat negeri ini dapat memberi sokongan terhadap usaha memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat demi kebaikan negeri dan negara yang kita kasihi, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penutupan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-37 di Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban.

Turut hadir, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button