Berita

Aminuddin terima kunjungan hormat Naib Menteri Eksekutif Barisan Bersatu China

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Menteri Eksekutif Jabatan Kerja Barisan Bersatu Wilayah Jiangsu, China, Yang Berbahagia, Encik Gu Wan Feng.

Aminuddin berkata, kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua belah pihak.

“Negara China merupakan antara lima negara yang menyumbang pelaburan asing tersesar daripada 2017 hingga tahun lalu.

“Sehingga tahun lalu, China telah melabur sebanyak Rm1.13 billion dan mewujudkan 1,579 peluang pekerjaan.

“Hal ini kerana Negeri Sembilan berada di lokasi yang strategik bagi menarik perhatian pelabur.

“Ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada pemilihan tapak projek dan kemudahan logistik para pelabur.

“Kunjungan hormat ini juga turut dihadiri 41 orang delegasi daripada Jiangsu Youth Entrepreneurs Association yang terdiri menyaksikan ramai tokoh perniagaan terkemuka dalam pelbagai sektor,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Makan Malam Kunjungan Terhormat Naib Menteri Eksekutif Jabatan Kerja Barisan Wilayah Jiangsu, China.

Show More

Related Articles

Back to top button