Berita

Aminuddin terima kunjungan hormat Sunshie Bread Sdn Bhd

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Sunshie Bread Sdn Bhd di pejabat beliau.

Aminuddin berkata, Sunshie Bread Sdn Bhd merupakan pengilang roti yang mengekspot keseluruhan produknya ke Singapura.

“Kini, mereka dalam proses mengembangkan pasaran di Malaysia dan Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang disasarkan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Sunshie Bread Sdn Bhd atas kunjungan ini.

“Semoga syarikat tersebut terus berkembang dan berdaya saing,” kata Aminuddin.

Aminuddin menambah bahawa syarikat tersebut sedang mencari pekerja.

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi syarikat tersebut,” ujar Aminuddin.

Turut hadir, COO Singapore HQ, Encik Yek Boon Seng; CEO Malaysia, Encik Michael Chew; Production Manager, Encik Jagan Pichakaran; EHS Manager, Encik Norazman Dolah dan Halal Executive, Siti Nabila Tajuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button