Berita

Aktiviti mantai, keunikan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Aktiviti Mantai merupakan satu keunikan yang terdapat di Negeri Sembilan.

Mantai yang merupakan tradisi unik masyarakat di negeri adat perpatih ini dimana mereka akan melapah daging sembilan sehari sebelum ketibaan bulan Ramadhan dan Syawal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, pada tahun ini sebanyak 20 lokasi Mantai Perdana dilancarkan secara serentak di seluruh Negeri Sembilan.

“Bagi penganjuran program ini, Kerajaan negeri telah mengadakan kerjasama dengan para penternak untuk membekalkan daging pejal kepada masyarakat dengan harga RM36 sekilogram.

“Saya yakin rakyat Negeri Sembilan amat mengalu-alukan dan menyambut baik harga jualan yang lebih murah dan seterusnya membolehkan mereka mendapatkan daging segar,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button