Aktiviti

Aminuddin umum ‘Bonus Raya’ penjawat awam Negeri Sembilan

Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, seramai 5,843 penjawat awam Negeri Sembilan akan menerima bantuan ini pada 3 Mei dan ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM9.9 juta.

“Penerima bantuan ini melibatkan 3,974 penjawat awam di jabatan kerajaan negeri.

“Kita juga perluaskan bantuan ini kepada pihak berkuasa tempatan yang melibatkan seramai 1,656 kakitangan dan badan berkanun negeri seramai 213 kakitangan.

“Hampir 92 peratus penjawat Negeri Sembilan terdiri dari golongan B40.

“Kita berharap dengan usaha ini, ia meningkatkan lagi komitmen, kesungguhan dan motivasi penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, beliau menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar, selain pencapaian sasaran kutipan hasil dan pelaksanaan MARRIS.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button