Berita

Aminuddin umum bonus RM2,000 kepada pemain hoki wanita Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan bonus sebanyak RM2,000 bagi setiap pemain hoki wanita Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, bonus tersebut sebagai penyuntik semangat kepada para pemain yang berjaya mencipta sejarah sebagai pasukan pertama di Malaysia yang melakar kejuaraan ‘treble’.

“Mereka berjaya memenangi Piala Sumbangsih, Piala Liga Hoki Wanita Malaysia dan Piala Vivian May Soars.

“Oleh itu saya berharap agar mereka mampu mengekalkan kemenangan ini dan mencipta kejayaan lebih banyak pada masa akan datang.

“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 Sekolah Tunku Besar Tampin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba.

“Hal ini demikian kerana kedua-dua buah sekolah tersebut bakal menyertai Malaysian Junior Hockey League.

“Saya juga akan akan memberikan lagi RM3,000 kepada pihak sekolah sekiranya mereka layak ke suku akhir,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button