Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
BeritaProgram

Aminuddin umum kepimpinan KeADILan Negeri Sembilan yang baharu

SEREMBAN: Barisan kepimpinan baharu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KeADILAn Negeri Sembilan bagi sesi 2022-2025 telah diumumkan oleh Pengerusinya, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Ketua Cabang Seremban, Saudara Muhammad Nazri Kassim kini merupakan Timbalan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan. Nazri sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Negeri.

Aminuddin turut mengumumkan Naib Ketua Cabang Port Dickson, Saudara Kenny Chiew Chi Kin dan Ketua Cabang Kuala Pilah, Saudara Shahran Kaat dipilih sebagai Naib Pengerusi MPN.

Ketua Wanita Negeri pula kini disandang oleh Puan Nurzunita Begum Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri, Saudara Mohamad Afif Anuar.

Setiausaha MPN yang baharu ialah Saudara Aliudin Mohamed dan Ketua Penerangan Negeri, Saudara Nor Azman Mohamad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu yang juga Ketua Cabang Rasah, YB Dato’ Ismail Ahmad kekal sebagai Ahli MPN.

Empat ADUN KeADILan yang lain iaitu ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek; ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M. Ravi; ADUN Pilah, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu dan ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching dilantik sebagai Ahli MPN Jemputan.

Berikut senarai penuh barisan kepimpinan bagi sesi 2022 hingga 2025:

PENGERUSI NEGERI
YAB DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN HARUN

TIMBALAN PENGERUSI NEGERI
Saudara MUHAMMAD NAZRI KASSIM

NAIB PENGERUSI NEGERI
Saudara KENNY CHIEW CHI KIN

NAIB PENGERUSI NEGERI
Saudara SHAHRAN KAAT

KETUA AMK NEGERI
Saudara MOHAMAD AFIF ANUAR

KETUA WANITA KEADILAN NEGERI
Puan NURZUNITA BEGUM IBRAHIM

SETIAUSAHA
Saudara ALIUDIN MOHAMED

TIMBALAN SETIAUSAHA
DATO’ THOMAS THONG AH NEE

BENDAHARI NEGERI
Saudara SIM KENG PIAO

TIMBALAN BENDAHARI
Saudara RAJA A/L VEERAPPAN

KETUA PENERANGAN NEGERI
Saudara NOR AZMAN MOHAMAD

TIMBALAN KETUA PENERANGAN NEGERI
Saudara YOW LOCK SHAN

SETIAUSAHA PENGELOLA NEGERI
Saudara HAZMAN BIN HASHIM

PENGARAH KOMUNIKASI
Saudara RAIHAN MD IDRIS

PENGARAH PILIHANRAYA
YB SENATOR DATO’ DR AHMAD AZAM HAMZAH

PENGARAH STRATEGIK DAN LATIHAN
Saudara DATO’ JAAFAR MUHAMMAD

TIMBALAN KETUA AMK NEGERI
Saudara MOHAMAD HAMIZAN MOHD BAHTIAR

TIMBALAN KETUA WANITA NEGERI
Puan SITI ‘AISHAH SEMAN @ OTHMAN

AHLI MAJLIS PIMPINAN NEGERI:

1. YB DATO’ HJ ISMAIL AHMAD
2. Saudara ABDUL SHUKOR AB AZIZ
3. Saudara REBIN BIRHAM
4. Saudara ZAINAL FIKRI ABD. KADIR
5. Saudara MOHD HAFIZ MOHAMAD
6. Saudara VIJAYAJOTHY A/L NADARASON (LANTIKAN)
7. Saudara MOHD SALLEHUDDIN NAZARUDDIN (LANTIKAN)
8. Puan WAN ZULAIKHA ABDUL KAHAR (LANTIKAN)
9. Puan TELAGAPATHY A/P A. MARIMUTHU (LANTIKAN)
10. Puan SALWAH ABU HASSAN (LANTIKAN)
11. YB DATO’ DR. MOHD RAFIE ABD MALEK (JEMPUTAN)
12. YB MOHAMAD NAZARUDDIN SABTU (JEMPUTAN)
13. YB DATO’ RAVI A/L MUNUSAMY (JEMPUTAN)
14. YB DATO’ MICHEAL YEK DIEW CHING (JEMPUTAN)

Show More

Related Articles

Back to top button