BeritaMenarik

Sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh dikenakan tindakan undang-undang

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan Akta Anti Ali Baba bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil kepada rakyat Malaysia yang menyewakan lesen perniagaan kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli berkata, isu ini isu negara, bukan isu pendatang asing.

“Ia bermula dengan pergantungan kita kepada pekerja asing.

“Tanya majikan, majikan kata orang kita tak nak buat dah kerja dalam industri tertentu.

“Yang berlaku sekarang adalah kesan dari berpuluh tahun yang lepas.

“Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewakan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, pada masa sekarang, kerajaan sedang menjalankan beberapa langkah untuk menyelesaikan isu tersebut seperti berikut:

1. Reformasi pasaran kerja – gaji progresif, latihan dalam industri (AiI), memuktamadkan ‘phasing down’ pekerja asing melalui levi pelbagai peringkat (MTL).

2. Kementerian Ekonomi yang merangka Rancangan Malaysia akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 (RMK-13).

3. Akta Anti Ali Baba akan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia yang meng’Ali Baba’kan lesen kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat.

“Semua ini perlukan keseimbangan supaya tidak ada kesan drastik kepada industri yang banyak bergantung kepada pekerja asing.

“Tetapi seperti peringatan saya kepada majikan dan industri – ‘it is coming because we cannot afford to continue like this’,” jelas Rafizi lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button