Berita

Aminuddin umum pengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan untuk memberi pengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tempoh setahun lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan ini bagi meringankan beban penjaja terutamanya dalam suasana negara sedang pulih daripada pandemik Covid-19.

“Pengecualian ini diberikan kepada enam kategori penjaja termasuk penjaja pasar malam, penjaja pasar tani, penjaja kereta tolak, penjaja berpayung, penjaja bergerak dan penjaja pasar atau bazar Ramadan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button