Berita

Aminuddin yakin Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal menjelang PRN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yakin bahawa Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dapat dikekalkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Walaupun terdapat kenyataan daripada Perikatan Nasional bahawa gelombang orang Melayu akan melanda Negeri Sembilan, ia hanya sekadar kenyataan politik sahaja.

“Kita yakin bahawa pengundi Melayu hari ini tidak hanya mengikut gelombang semata-mata.

“Sebaliknya mereka melihat dan menilai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan Pusat.

“Masyarakat di Negeri Sembilan juga khususnya masyarakat Melayu dapat menilai sendiri pembangunan, kemajuan dan kesungguhan kita dalam mentadbir negeri,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button