Berita
Aminuddin yakin mampu pertahan 20 kerusi DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yakin Pakatan Harapan mampu mempertahankan 20 kerusi DUN Pilihan Raya Negeri akan datang
Aminuddin berkata, berdasarkan keputusan PRU ke-15 baru-baru ini boleh membantu melihat kekurangan serta kelemahan untuk diatasi.
“Kelemahan dan kekurangan yang didapati perlu diperbetulkan bagi memenangi hati pengundi,” kata Aminuddin yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Aminuddin berkata demikian dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.