Berita
AMK bantu mangsa banjir Felda Sungai Kelamah
GEMAS: Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan telah menyumbang barangan keperluan mangsa banjir seperti tilam, bantal, selimut, tuala dan makanan kering di Felda Sungai Kelamah.
Ketua AMK Negeri Sembilan, Saudara Mohd Hafiz Mohamad berkata, bantuan banjir tersebut di hantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah dan Kampung Pinggiran
“Bantuan ini dihantar menggunakan 10 buah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah lori tiga tan.
“Semoga dengan sedikit sumbangan ini mampu memberi sedikit keselesaan kepada penduduk setempat yang diuji dengan musibah banjir,” ujar Mohd Hafiz.