Berita

Anak muda kuasa besar dalam PRU-15

REMBAU: Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan diminta menyantuni golongan anak muda kerana golongan ini merupakan salah satu kuasa besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini.

Calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, secara purata sebanyak 20 hingga 30 peratus pengundi pertama kali dalam setiap parlimen adalah daripada golongan tersebut.

“Justeru itu, saya menyeru kepada semua pihak agar menyampaikan maklumat berkenaan tawaran Pakatan Harapan kepada golongan belia ini dan seterusnya memastikan mereka memilih calon Pakatan Harapan dalam PRU-15 ini,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di program bersama anak-anak muda yang diadakan di Dataran X-Park, Sri Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button