Berita

Angsi Forest Challenge dapat sambutan peserta dari 13 negara

KUALA PILAH: Acara pendakian Gunung Angsi Forest Challenge 2022 mendapat sambutan peserta daripada 13 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Jepun, Mesir, China dan Malaysia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, acara pada tahun ini menarik penyertaan 372 peserta termasuk 27 peserta luar negara.

“Penglibatan peserta dalam dan luar Negara amat digalakkan yang mana pengalaman mereka sepanjang berada di Negeri Sembilan akan menjadi medium promosi yang sangat efektif dan diperlukan.

“Menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan untuk menjadikan negeri ini sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia dan dikenali di luar negara.

“Kelebihan lokasi Negeri Sembilan yang berhampiran dengan KLIA, keunikan adat rakyatnya dan pantai peranginan Port Dickson, gunung-gunung dan bukit bukau serta keindahan alam semulajadi yang kaya dengan kepelbagaian biologi.

“Jika diintegrasikan kesemua kelebihan tersebut, tidak mustahil Negeri Sembilan akan berada di antara senarai teratas destinasi pelancongan pilihan setiap pelancong dalam dan luar negara,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian selepas merasmikan Gunung Angsi Forest Challenge 2022 di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button