Berita

Anwar dan Ravi sumbang ‘tablet’ kepada anak nelayan Port Dickson

Lebih 2,000 pelajar kurang berkemampuan terima sumbangan 'tablet' dari DSAI sejak November 2020

PORT DICKSON: Kisah empat adik beradik masih bersekolah yang terpaksa berkongsi sebuah telefon pintar milik bapanya bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mendapat perhatian segera Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson dan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sri Tanjung.

Justeru, pegawai Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson dan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sri Tanjung telah menziarahi bapanya, Saudara Shamsul Kama Khalil, 47, kelmarin.

“Kita telah mengambil tindakan segera dengan menyumbang dua unit tablet (peranti pintar) untuk kemudahan pembelajaran anak-anaknya secara online.

“Untuk makluman, Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah menyumbang lebih 2,000 unit ‘tablet’ kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Port Dickson sejak November tahun lalu.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu proses pembelajaran anak-anak ini dalam sesi PdPR,” kata Setiausaha Politik Ahli Parlimen Port Dickson, Encik Ahmad Farhan Fauzi.

Shamsul Kama mempunyai tujuh orang anak dan empat daripadanya bersekolah iaitu Mohd Ibrahim Syah, 9, Mohd Mokhtar Syah, 11, Mohd Noh Syah, 15 dan Aiman Syah, 17.

Show More

Related Articles

Back to top button