Berita
Anwar sumbang ayam segar kepada 3,000 keluarga seluruh Negeri Sembilan
PORT DICKSON: Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Pasukan Sukarelawan PD telah menyumbang ayam segar kepada 3,000 keluarga di Negeri Sembilan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
“Sumbangan ayam segar ini diserahkan kepada Cabang KeADILan Jelebu, Tampin, Jempol, Kuala Pilah, Rembau, Rasah, Seremban dan Port Dickson.
“Ahli Jawatankuasa Cabang KeADILan seterusnya mengagihkan ayam segera ini kepada keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0.
“Semoga usaha bersama ini membawa keberkatan kepada semua,” kata Setiausaha Politik Presiden KeADILan, Saudara Farhan Fauzi.