BeritaMenarik

Apa itu MARRIS?

📌Definisi MARRIS :
Malaysia Road Record Information System iaitu sistem pangkalan data bagi kesemua jalan-jalan negeri di seluruh Malaysia.

📌Punca Kuasa :
Berdasarkan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan sebagai bantuan kepada penyenggaraan jalan-jalan negeri yang dikira berdasarkan peruntukan Bahagian II Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

📌Pegawai Pengawal :
Kumpulan Wang Amanah MARRIS dikawal oleh PKN seperti yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Amanah.

🚩Termaktub seperti dalam SURAT IKATAN AMANAH.

Skop Penyenggaraan Yang Dibenarkan :
1. Baikpulih Jalan Negeri.
2. Baikpulih Jambatan
3. Baikpulih Longkang di Jalan Negeri
4. Baikpulih Cerun/ Tembok Penahan
5. Baikpulih pembentung
6. Menyenggara/ memelihara pokok/ Kerja Landskap
7. Mengganti perabot jalan / mengecat jalan / Lampu jalan/lampu isyarat.

Selain dari perkara diatas tidak dibenarkan untuk menggunakan peruntukkan MARRIS.

Alhamdulillah Negeri Sembilan berjaya mencatat prestasi perbelanjaan MARRIS tertinggi berbanding terimaan peringkat Nasional.

Terus Berkhidmat Untuk Rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button