BeritaMenarik

Pengundi disaran beri sokongan kepada PH dan BN

Rakyat Negeri Sembilan disarankan memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dan 5 negeri lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sejak lima tahun pemerintahan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan, pelbagai inisiatif dan manfaat yang telah diutamakan Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun bagi membantu kebajikan rakyat terutama golongan B40 dan M40.

Antaranya termasuk bantuan pendidikan, jualan rahmah, hak milik tanah, pembinaan masjid, baik pulih jalan raya dah pelbagai pembelaan kepada masyarakat yang memerlukan.

Para pengundi, mari kita sama-sama memberi sokongan dan dokongan kepada PH dan BN di Negeri Sembilan supaya kebajikan rakyat akan kekal terjamin.

Show More

Related Articles

Back to top button