BeritaMenarik

Kesinambungan Kerajaan Perpaduan diteruskan di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kesinambungan dan kerjasama Kerajaan Perpaduan Persekutuan harus diteruskan di Negeri Sembilan bagi melaksanakan lebih banyak pembangunan dan pembaharuan secara teratur di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai pembangunan telah dibawa oleh Mantan Menteri Besar, YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan ke Negeri Sembilan yang disambung pula oleh beliau dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Kini Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah bentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

“Justeru itu, saya mahu kesinambungan dan kerjasama ini diteruskan di Negeri Sembilan bagi melaksanakan lebih banyak pembangunan di negeri yang tercinta ini.

“Oleh itu, saya menyeru semua pengundi agar keluar mengundi pada 12 Ogos ini dan berikan kemenangan di kesemua 36 DUN di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin di Ceramah Jelajah Perpaduan di Taman Tuanku Jaafar malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button