Berita

Kesesakan lalu lintas Kuala Pilah sudah ada dalam perancangan

PILAH: Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata, kesesakan lalu lintas di Kuala Pilah sudah ada dalam perancangan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Saya telah berbincang dengan Dato’ Seri Aminuddin Harun, apabila diberi mandat semula nanti kesesakan lalu lintas ini perlu diatasi.

“Hal ini kerana, ini juga merupakan jalan alternatif bagi mereka yang ingin ke Jempol dan Pahang.

“Oleh itu saya percaya apabila diberi mandat sekali lagi, beliau (Aminuddin) bersama kepimpinan baru akan meneliti permasalahan ini demi keselesaan pengguna dan penduduk setempat.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua khususnya kepada pengundi di DUN Pilah supaya pulang mengundi lebih awal.

“Jika boleh sehari atau dua hari sebelum mengundi.

“Sementara itu boleh pergi berjalan-jalan dahulu di Dataran Melang yang sudah ada Starbuck, CU Mart, Family Mart dan pelbagai lagi.

“Kemudian pada hari mengundi nanti, jangan lupa untuk undi calon No 2 di DUN Pilah, Puan Zunita Begum,” kata Fahmi.

Show More

Related Articles

Back to top button