Berita

Arul Kumar dilantik Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan

SEREMBAN: Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar akan dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan berkuatkuasa esok 27 Januari 2023.

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook berkata, pelantikan Arul Kumar telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada pagi esok 27 Januari di Pejabat Perdana Menteri.

“Arul Kumar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai sejak bulan Mei 2013.

“Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan sejak tahun 2018.

“Untuk memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Exco Negeri Sembilan berkuatkuasa pada hari ini (26 Januari),” kata Loke.

Loke berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bagi mengisi kekosongan jawatan Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button