Berita

Kesesakkan jalan raya pada cuti umum perkara biasa: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kesesakkan jalan raya pada cuti umum merupakan satu perkara yang sudah dijangka.

“Hal ini dapat dilihat bahawa bukan sahaja di Kuala Pilah, malah di lebuhraya juga perjalanan menjadi lama kerana ramai yang balik bercuti.

“Selain itu, terdapat proses naik taraf di Kuala Pilah yang menjadi salah satu faktor kesesakkan lalu lintas.

“Saya akan meminta pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyegerakan proses naik taraf tersebut.

“Dalam hal lain, jalan di Kuala Pilah sempit oleh kerana kiri dan kanan jalan tersebut merupakan tanah adat.

“Terdapat juga rumah yang bersebelahan dengan jalan raya.

“Saya berharap agar masyarakat memahami situasi ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media di Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina di Hotel Royale Chulan.

Show More

Related Articles

Back to top button