Berita

Aminuddin mohon peniaga di PD tidak tekan harga barangan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memohon agar para peniaga di Port Dickson supaya tidak mengenakan harga barangan yang tidak masuk akal kepada pelancong.

“Seperti sedia maklum, Port Dickson merupakan tempat tumpuan pelancong apabila pada cuti umum.

“Oleh itu, sepatutnya kita perlu mengekalkan kemesraan kepada mereka yang datang bercuti.

“Walau bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga barangan mereka lebih tinggi berbanding harga biasa.

“Kita tidak mahu mereka yang pertama kali datang bercuti dan pulang dengan kenangan hitam.

“Sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, saya akan memastikan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

“Dan saya ingin menasihati kepada para peniaga di Port Dickson khususnya, supaya mengawal perasaan ingin cepat untung,” kata Aminuddin.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button