Berita

Arul sumbang dua bot penyelamat kepada IPD Nilai

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah menyumbang dua buah bot penyelamat kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai.

Arul Kumar berkata, terdapat beberapa kawasan di Nilai yang mempunyai risiko banjir sekiranya hujan berterusan.

“Sumbangan bot ini boleh digunakan untuk memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Dengan adanya bot penyelamat ini, ianya dapat memudahkan urusan mereka sewaktu banjir,” kata Arul Kumar.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Nilai, Tuan Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button