Aktiviti

Aminuddin terima kunjungan hormat Kastam DiRaja Malaysia

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Negeri Sembilan yang baru, Tuan Mohammad Hafiz Ishak di Kediaman Rasmi beliau.

“Terima kasih kepada Tuan Mohammad Hafiz di atas kunjungan beliau.

“Semoga hubungan baik Kerajaan Negeri dan KDRM Negeri Sembilan dapat memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Ketua Kastam Daerah Stesen Port Dickson, Tuan Rizaman Abd Rahman; Ketua Bahagian Pematuhan, Seremban 2, Puan Aminah Abdul Manap; Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Tuan Bustamam Razman dan Pegawai Perhubungan Awam, Puan Nurul Nabila Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button