Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sumbang RM2.53 juta kepada Institusi Pendidikan Islam

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memberi Bantuan Perkapita berjumlah RM2.53 juta kepada 234 Institusi Pendidikan Islam bagi tahun ini berbanding RM2.48 juta kepada 203 institusi pada tahun lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan ini melibatkan 23,221 orang pelajar dan Kerajaan Negeri amat memberi perhatian yang khusus kepada pendidikan pembangunan modal insan.

“Hal ini dapat dibuktikan apabila Kompleks STAM Maahad Ahmadi dinaiktaraf oleh Kerajaan Negeri dengan kos sebanyak RM13 juta.

“Seterusnya menaiktaraf Maahad Ahmadi menjadi sebuah Sekolah Agama Berasrama Penuh.

“Hal ini kerana, pendidikan merupakan pelaburan yang produktif dan sebuah industri pengeluaran yang akan melahirkan keuntungan, produktiviti, pulangan dan kegunaan dalam bentuk kemanusiaan,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penyampaian Bantuan Perkapita dan Dermasiswa Kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Sembilan bagi tahun 2022.

Aminuddin juga menyeru kepada semua institusi yang masih belum berdaftar agar mendaftarkan diri dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Ini akan membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada institusi tersebut di samping memastikan mereka dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan demi kebaikan pelajar.

“Insya Allah semoga sumbangan ini dapat meringankan beban institusi dalam menguruskan para pelajar,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menambah bahawa terdapat beberapa inisiatif baru yang telah diperkenalkan sejak tahun 2019.

Antara inisiatif tersebut adalah:

i) Program Fast Track Tahfiz.

Program ini adalah agenda kerajaan dalam mengarus perdanakan pelajar tahfiz dalam sistem pendidikan negara melalui persiapan pelajar tahfiz untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukan dalam tempoh dua tahun perlaksanaannya.

ii) Pemberian Bantuan Sekolah Tahfiz/SJKC/SJKT/Swasta.

Sebanyak RM7.5 juta telah diperuntukkan sejak tahun 2020.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button