Berita

Asnaf terima Watikah Bainati Jannati dari Bakri

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah memberi Watikah Baiti Jannati kepada Puan Rosni Ahmad di Kampung Renal.

Bakri berkata, Baiti Jannati merupakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) di bawah Tenaga Nasional (TNB) Negeri Sembilan.

“Saya berharap agar watikah yang diberikan ini dapat memberi keselesaan kepada Puan Rosni selepas mengalami pahit getir sepanjang hidup beliau.

“Dalam masa sama, saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa mendukung usaha yang mampu memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini,” kata Bakri.

Baiti Jannati merupakan program sumbangan pembinaan rumah kos rendah secara percuma oleh TNB kepada individu yang memerlukan.

Show More

Related Articles

Back to top button