BeritaMenarik

Aspirasi Perpaduan akan digariskan selari dengan Malaysia Madani

Tiada kawasan yang akan dipinggirkan

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, mandat yang diberikan oleh rakyat akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan demi memastikan prestasi Negeri Sembilan digarap bersama lima tekad Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada kawasan yang akan dipinggirkan, insklusiviti akan menjadi paksi kepimpinan, rakyat dan pemimpin akan bergerak sederap dalam memacu pembangunan negeri.

“Insya-Allah, kesemua inisiatif dalam Manifesto Aspirasi Perpaduan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan diterjemahkan dalam tempoh kepimpinan lima tahun akan datang.

“Inilah komitmen Kerajaan Negeri yang akan direalisasikan bagi tempoh mendatang,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan Ikrar Taat Setia Sempena Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button