BeritaMenarik

Ayam dan ikan ‘licin’ dalam masa dua jam

SEREMBAN JAYA: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di Tapak Pasar Malam, Seremban Jaya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat apabila semua barangan habis dijual dalam masa dua jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren yang diwakili oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali berkata, antara barangan asas yang dijual ialah ayam, ikan, telur, minyak masak dan sayur-sayuran.

“Semua barangan telah habis pada pukul 10.00 pagi dan barangan yang dijual 20 peratus ke 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin sangat memberi manfaat kepada masyarakat untuk membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup masa kini,” kata Jamilah.

Show More

Related Articles

Back to top button