Berita

Bahasa Melayu menyatukan bangsa: Aminuddin

SEREMBAN: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hubungan antara kaum dan etnik sentiasa menjadi agenda dalam usaha kerajaan untuk mencapai keharmonian masyarakat dan keamanan negara.

“Dalam hal ini, saya yakin unsur paling penting penyatuan bangsa dan pengukuhan negara ialah menyedari hakikat dan amalan bahasa jiwa bangsa.

“Bagi memastikan Bahasa Melayu dihayati dan diterima oleh seluruh masyarakat, tiga dasar utama diberi penekanan oleh kerajaan dalam menjayakan matlamat tersebut, iaitu Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Penyiaran.

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak agar menyokong usaha tersebut bagi membantu menerapkan dasar tersebut di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sembilan di Perpustakaan Negeri, Seremban 2 pada Isnin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button