BeritaProgram

BAJET 2023: Bantuan RM1,000 kepada penggali kubur

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan bayaran insentif ‘one-off’ RM1,000 kepada 909 penggali kubur pada tahun hadapan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, insentif yang membabitkan peruntukan RM0.90 juta itu diberikan sebagai tanda kasih sayang dan menghargai jasa penggali kubur di Negeri Sembilan.

“Kita sangat sinonim dengan watak Tok Adi dalam drama televisyen Tanah Kubur.

“Wajah tenang Tok Adi dengan kata-kata nasihatnya sentiasa menjadi mainan bicara rakyat Malaysia.

“Namun, mesej tersembunyi yang cuba disampaikan kepada kita adalah akhlak dan pengorbanan Tok Adi yang sanggup memerah kudrat bagi menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah untuk menggali kubur apabila berlakunya kematian.

“Penggali kuburlah yang akan menjadi insan terakhir yang berjasa kepada masyarakat tanpa mengira darjat dan kedudukan,” katanya.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.

Show More

Related Articles

Back to top button