SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak RM0.55 juta untuk membantu golongan belia yang ingin memulakan projek tanaman makanan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun Berkata, inisiatif ini menggabungkan dua inisiatif terdahulu iaitu Siswazah Tani dan Petani Muda menjadi satu inisiatif baru yang dinamakan Sejahtera Tani.
“Inisiatif ini akan membolehkan mana-mana belia yang berminat dan layak untuk memperoleh geran bantuan sehingga RM10,000,” kata Aminuddin.
Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.