BeritaMenarik

Bakat seni perlu digilap dari peringkat pra sekolah

SEREMBAN: Bakat dan kemahiran murid dalam bidang seni perlu digilap dari peringkat pra sekolah,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

“Saya sendiri nampak bakat seni anak-anak di peringkat pra sekolah lagi.

“Saya juga tengok di sekolah kebangsaan, bakat seni murid-murid ini cukup baik.

“Ini menunjukkan anak-anak kita mempunyai bakat yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang sukan, akademik dan tahfiz tetapi juga dalam bidang seni.

“Bakat yang ada pada anak-anak kita jika digilap dengan pendekatan yang sesuai, maka akan lahirlah generasi yang akan memanfaatkan bakat mereka dengan cara yang betul,” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin lagi, negara-negara maju sangat menitik berat bidang seni dalam sistem pendidikan.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMK Tuanku Ampuan Najihah ‘Noghori Arts School’ di sini.

SMK Tuanku Ampuan Najihah juga mencipta sejarah apabila kali pertama menerima pengambilan pelajar lelaki (Tingkatan 1) pada tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button