BeritaMenarik

SMK Tuanku Ampuan Najihah, Sekolah Seni Ke-6 di Malaysia

SEREMBAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Ampuan Najihah menjadi Sekolah Seni Ke-6 di Malaysia dengan jenama ‘Noghori Arts School’.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Sekolah Seni Malaysia ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

“Terdapat empat bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari dan Teater.

“Manakala enam bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

“Saya juga berharap seni budaya Negeri Sembilan (tarian dan muzik) dapat dipelihara sampai bila-bila,” kata Aminuddin di Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMK Tuanku Ampuan Najihah ‘Noghori Arts School’ di sini.

SMK Tuanku Ampuan Najihah juga mencipta sejarah apabila kali pertama menerima pengambilan pelajar lelaki (Tingkatan 1) pada tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button