BeritaMenarik

66 pemohon berjaya dalam undian RMM Taman Bukit Senawang Perdana

SENAWANG: Seramai 66 pemohon berjaya dalam cabutan undian untuk memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) bernilai RM80,000 di Taman Bukit Senawang Perdana Fasa 2.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 3,158 permohonan bagi projek Rumah Mampu Milik Type A, Taman Bukit Senawang Perdana Fasa 2 ini.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 195 orang pemohon melepasi syarat yang ditetapkan dan berjaya dalam tapisan yang
dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pejabat Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.

“Dalam pada itu, sebanyak 15 undian simpanan telah dilaksanakan bagi meraikan para pemohon yang sudi hadir.

“Undian simpanan ini akan diberi keutamaan jika terdapat pemohon yang tidak dapat meneruskan pembelian rumah sekiranya gagal mendapat pinjaman bank atau sebab-sebab lain,” kata Aminuddin di Majlis Perasmian Sesi Pengundian Rumah Mampu Milik Type A Taman Bukit Senawang Perdana Fasa 2, Mukim Rantau, Daerah Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button