Berita

Bakri: Industri cendawan berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan

KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah membuat lawatan ke UWAIS Cendawan Agrotech Enterprise di Batu 6, Jalan Jelebu, Kampung Sungai Terip.

“Bakri berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk melihat proses dan kaedah penambahbaikan dalam perusahaan cendawan.

“Saya difahamkan pihak syarikat ingin membesarkan perusahaan sedia ada kerana permintaan terhadap cendawan sangat tinggi.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara, dalam usaha memajukan Negeri Sembilan dalam pelbagai sektor dan salah satunya sektor pertanian dan industri makanan.

“Justeru itu, dengan berkembangnya sebuah perusahaan sedia ada kepada sebuah perusahaan yang lebih besar, ia dapat menambah peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk Negeri Sembilan.

“Tahun 2021 adalah tahun pelaburan Negeri Sembilan yang dilancarkan pada 15 December 2020,” kata Bakri.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Puan Umairah Abu Kasim; Pegawai Eksekutif Invest Negeri Sembilan, Encik Zaki dan Pegawai Pertanian Daerah Seremban, Encik Norhazlan.

Show More

Related Articles

Back to top button