Berita

BAKRIYAH sumbang ‘Biskut Raya’ kepada ‘frontliners’

SEREMBAN: Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH) menyumbang ‘Biskut Raya’ kepada petugas barisan hadapan (frontliners) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.

Sumbangan yang turut ditaja oleh Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Negeri Roadstone Sdn Bhd, Coca Cola Bottlers Malaysia dan Sukur Food Industries ini diserahkan oleh Yang DiPertua BAKRIYAH, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof kepada wakil agensi ‘frontliners’ di Kediaman Rasmi Menteri Besar pagi tadi.

“Sumbangan tersebut bakal disalurkan kepada ‘frontliners’ di 23 Sekatan Jalan Raya, 20 Balai Bomba, hospital serta petugas Angkatan Pertahanan Malaysia.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat menggembirakan para petugas barisan hadapan walaupun terpaksa bertugas pada Hari Raya,” kata Wan Hasni.

Show More

Related Articles

Back to top button