Berita

Banjir: Penduduk Jelebu dan Kuala Pilah diminta berjaga-jaga

SEREMBAN: Penduduk di sekitar daerah Jelebu dan Kuala Pilah diminta berjaga-jaga bagi menghadapi banjir kilat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Jabatan Pengairan Air dan Saliran (JPS) Malaysia telah mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat pada jam 6.00 petang semalam (Isnin).

“Turut tersenarai dalam notis tersebut adalah daerah Jelebu dan Kuala Pilah serta kawasan Kenaboi dan Glam Lemi.

“Notis tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat.

“Notis ini terpakai dalam tempoh 24 jam daripada masa dikeluarkan.

“Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah juga telah mengambil maklum notis ini.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama berdoa supaya kejadian banjir ini tidak berlaku, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button