Berita

Bantuan Dermasiswa pelajar Tahfiz naik 100 peratus

RM300 sebulan berbanding RM150 sebelum ini

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menaikkan kadar bantuan Dermasiswa pelajar Tahfiz (Diploma) sehingga 100 peratus pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kadar bantuan Dermasiswa telah dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan bagi pelajar Tahfiz (Diploma) di Sekolah Menengah Agama Negeri.

“Dermasiswa adalah merupakan bantuan wang saku kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang layak mengikut syarat yang ditetapkan.

“Bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (Maahad Ahmadi dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan), semua pelajar layak menerima dermasiswa.

“Manakala bagi SABK untuk kelulusan terkini kuota penerima Dermasiswa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah seramai 40 peratus daripada jumlah pelajar mengikut syarat kelayakan ditetapkan dan bagi pelajar Tingkatan 6, semua pelajar layak menerima dermasiswa,” jelas Aminuddin.

KADAR DERMASISWA:

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN)

BIL.KATEGORI

INSTITUSI

ALIRANKATEGORIKADAR LAMA

(RM)/ PELAJAR

KADAR BAHARU (RM)/ PELAJAR
1.SMANDINITING. 1-335 / SEBULAN70 / SEBULAN
  45/ SEBULAN
TAHFIZTING. 4-560/  SEBULAN
STAMTING. 6100/ SEBULAN150/ SEBULAN
TAHFIZDIPLOMA150/ SEBULAN300/ SEBULAN

 

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

BILKATEGORI INSTITUSIALIRANKATEGORIKADAR LAMA

(RM)/ PELAJAR

KADAR BAHARU (RM)/ PELAJAR
1SABKDINI/ TAHFIZTING. 1-320/ SEBULAN50/ SEBULAN
TING. 4-530/ SEBULAN
STAMTING. 690130/ SEBULAN
PENGAJIAN

ISLAM

TING. 6

 

Show More

Related Articles

Back to top button