Berita

Beri mandat kepada Pakatan Harapan, selamatkan negara daripada kebobrokan

PORT DICKSON: Para pengundi diminta memberikan mandat kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini.

Calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memohon pengundi memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan untuk menerajui negara bagi membolehkan negara tercinta diselamatkan daripada kebobrokan yang lebih parah.

“Pakatan Harapan mampu melakukan perubahan demi masa depan rakyat Malaysia.

“Justeru itu, berilah sokongan dan undi kepada calon Pakatan Harapan pada 19 November ini,” katanya.

Aminuddin berkata demikian selepas mengadakan walkabout di sekitar Pantai Batu 4 Port Dickson bagi menyantuni penduduk di samping menyampaikan bahan kempen.

Show More

Related Articles

Back to top button