Berita

Bumbung 25 rumah diterbangkan ribut diganti segera

RASAH: Bumbung 25 buah rumah yang rosak akibat kejadian ribut di Kampung Jijan telah dibaiki segera,” kata Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

“Saya menerima permintaan daripada MPKK untuk menghulurkan segera RM5,000 bagi membolehkan MPKK membantu penduduk terbabit menggantikan bumbung rumah dengan cara bergotong-royong.

“Saya telah melawat lokasi kejadian sebanyak dua kali dalam 24 jam dan menyerahkan cek peruntukan Ahli Parlimen Rasah bernilai RM5,000 kepada Setiausaha MPKK Kampung Jijan, Encik Halim,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button