Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Cabutan kerja undi bantu kontraktor kelas G1

SEREMBAN: Cabutan undi bagi projek penyenggaraan dapat membantu para kontraktor kelas G1 di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, cabutan undi yang dilakukan bertepatan dengan moto ‘Bersih, Muafakat, Sejahtera’ Kerajaan Negeri.

“Program cabutan kerja undi fasa dua ini merangkumi 297 bilangan projek yang disenaraikan.

“Setiap satu projek ini bernilai RM100,000 dan berjumlah RM29.7 juta.

“Tahniah kepada kontraktor yang berjaya dipilih.

“Saya menyeru agar para kontraktor yang dipilih dapat melaksanakan kerja dengan efisyen,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Cabutan Undi Penyenggaraan Jalan di Bawah MARRIS.

Show More

Related Articles

Back to top button