BeritaMenarikProgram

Cadangan naik taraf Jalan Seremban – Gemas dalam RMK-12

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada cadangan menaik taraf Jalan Seremban – Gemas bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

“Projek menaik taraf Jalan Seremban – Gemas akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)

“Pelebaran jalan ini amat penting bagi Kerajaan Negeri kerana logistik pihak ketenteraan kita adalah amat diperlukan bagi kemudahan mereka,” katanya.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Gemas, YB Ridzuan Ahmad (PN) dan ADUN Chembong, YB Dato’ Zaifulbahri Idris (BN) di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Selasa.

Sementara itu ADUN Rantau, YB Dato’ Seri Mohamad Hasan (BN) selaku Menteri Pertahanan turut menyatakan akan memberikan sokongan yang kuat bagi cadangan pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Seremban – Tampin.

“Ini ialah kerana jalan sedia ada akan memberi masalah kepada perjalanan kenderaan tentera dari Kem Gemas serta lalu lintas, sekiranya berlaku kecemasan,” jelas beliau.

YB Dato’ Zaifulbahri Idris (Chembong-BN)
Show More

Related Articles

Back to top button