Berita
Cha agih 1,000 bakul makanan kepada masyarakat Tionghua kurang kemampuan
RASAH: Sebanyak 1,000 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.
Cha berkata, sumbangan tahunan ini diberikan kepada masyarakat Tionghua di Parlimen Rasah yang kurang kemampuan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Bakul makanan ini mengandungi makanan tradisi masyarakat Tionghua yang kebiasaannya dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.
“Semoga sumbangan ini memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina bagi semua keluarga penerima sumbangan,” kata Cha.