Berita

Latif galak belia Felda Sungai Kelamah aktif bersukan

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyampaikan sumbangan bola sepak dan bola tampar kepada belia Felda Sungai Kelamah.

“Sumbangan ini disampaikan sebagai satu usaha menggalakkan belia luar bandar bergiat dalam aktiviti yang sihat seperti sukan.

“Dalam pada itu, saya juga meluangkan masa menghadiri jemputan Majlis Kenduri Sekampung serta Bacaan Tahlil anjuran MPKK Felda Sungai Kelamah.

“Majlis ini diadakan bagi meraikan kemenangan MPKK Felda Sunghai Kelamah dalam pertandingan Anugerah Kampung bulan lepas.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa MPKK Felda Sungai Kelamah yang berganding bahu sehingga dinobatkan Johan Anugerah Kampung bagi pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Gemas,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Penghulu Mukim Air Kuning, Encik Ahmad Fareez; Pengerusi KAF; Imam 2 Masjid Felda Sungai Kelamah serta Pengerusi-Pengerusi MPKK, Encik Abdull Aziz, Encik Abd Halim, Encik Manabub dan Puan Sapiah.

Show More

Related Articles

Back to top button