Berita

Cha dan Gunasekaren santuni jemaah surau sempena Ramadhan

SEREMBAN JAYA: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri program Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Seremban Jaya Fasa 1.

“Majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara masyarakat dan pemimpin masyarakat, selain meraikan sambutan Ramadhan,” kata Cha.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, Cik Selvy; Pengerusi KRT Taman Seremban Jaya (Fasa 1), Encik Hanapi; Penyelia PH GEM Parlimen Rasah, Cik Jothi; Timbalan Pengerusi KRT Fasa 1, Encik Suthakaran; Timbalan Pengerusi KRT Taman Senangin, Encik Suberamany; Ahli Jawatankuasa Surau Taman Seremban Jaya, Encik Zainal dan Encik Zainuddin serta masyarakat DUN Seremban Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button